Monday, November 21, 2016

Tayar Basikal Tidak Akan Pancit Lagi Dengan Tayar Tanpa Angin Ini


Apabila tayar basikal anda pancit, ianya adalah satu perkara yang sangat memeningkan apabila anda perlu berhenti untuk menukar tayar yang baru. Kayuhan akan terbantut dan perjalanan anda akan menjadi perjalanan yang membosankan. Terima kasih kepada Nexo kerana telah mencipta sejenis tayar tanpa angin yang tidak akan bocor lagi. Tayar anti bocor bukanlah satu pasaran baru, namun apa yang ada kini agak jauh kualitinya dengan tayar berangin. Namun syarikat yang berpengkalan di Utah, Amerika ini mendakwa bahawa mereka telah menjumpai penyelesaian bagi masalah ini. Tayar yang dibuat daripada campuran Polimeter ini mampu menjanjikan kualiti yang sama dari segi imbangan, kadar hentakan dan juga ketahanannya.


Produk kreatif ini keluar dengan dua jenis iaitu 'mountain' untuk mendaki yang mampu bertahan sejauh 3100 batu dan tayar biasa yang mampu bertahan sejauh 5000 batu. Jika ini tidak cukup untuk menampung pasaran tayar basikal dunia, ketahuilah bahawa produk ini hanya menggunakan satu bahan material sahaja yang akan memudahkannya untuk dikitar semula. Sebanyak dianggarkan 10 juta tan setahun bahan getah dibuang begitu sahaja hasil daripada penukaran tayar dan tiub basikal yang digunakan sekarang. Ini menjadikan produk baru ini lebih efektif dan mesra alam.

sumber : Boredpanda.com


No comments:

Post a Comment